fbpx

Perkongsian Model Ekonomi Perniagaan

0
SHARE

Perkongsian Model Ekonomi Perniagaan

Pengarang: Simon LOW | 21 Februari, 2019

Idea kerjasama dan perkongsian sumber sangat disyorkan oleh kerajaan Malaysia dalam meningkatkan produktiviti perkhidmatan pada masa kini. Secara praktikal, perkongsian ekonomi berkebolehan untuk menembusi ekonomi dunia dengan bantuan platform digital dan terbukti akan kebolehannya dalam meningkatkan peluang perniagaan dan prestasi dalam bidang masingmasing. Ia seharusnya menjadi satu cara komunikasi baru dalam perniagaan bagi menghadapi daya saing.

Platform digital adalah salah satu cara perkongsian terawal di mana kosnya yang rendah dan nilainya diagihkan terus ke rantaian bekalan di kalangan pengeluar dan pengguna tanpa orang tengah. Ia menggalakkan komuniti yang lebih kukuh dan perhubungan social dengan membolehkan pengguna untuk menyertai dan berkomunikasi dengan orang baru. Selain itu, platform digital juga dapat mengurangkan ‘footprint’ karbon di mana ia dapat memupuk pasaran yang lestari, menjimatkan kos dengan pusingan dan peminjaman barang serta perkhidmatan.

Perkongsian ekonomi juga dibincangkan sebagai ‘collaborative economy’ (CE) dan ekonomi ‘peerto-peer’ (P2P) yang melibatkan perkongsian asset fizikal dan perkhidmatan. Perkongsian ekonomi muncul sebagai salah satu alternatif dalam memaksimumkan penggunaan sumber semula jadi melalui kerjasama. CE adalah sebuah model ekonomi di mana pemilikan dan akses dikongsi antara syarikat, syarikat permulaan dan orang ramai. Interaksi ini menghasilkan pasaran cekap yang dapat memberi ruang kepada produk, perkhidmatan dan pertumbuhan perniagaan.yang baru.

P2P membolehkan pengguna atau pemilik mengubah pemilikan barang tahan lama mereka pada bila-bila masa untuk disesuaikan dengan keperluan terkini secara spontan. Maka dengan itu, pasaran sewaan berkemungkinan menjadi satu cara baru untuk memaksimumkan barang. Dengan kewujudan pasaran sewaan P2P, pemilik-pemilik barangan tahan lama boleh berkongsi dengan kapasiti yang tidak digunakan secara sementara kepada sesiapa yang perlu menyewa daripada membelinya. Prospek penyewaan masa depan akan bertambah dan pengguna lain bersedia melabur dalam pemilikan aset.

Perkongsian ekonomi memupuk aktiviti berkongsi, menukar dan menyewakan sumber dalam urus niaga ‘business to business’ (B2B). Kerjasama antara pihak yang berkongsi matlamat yang sama untuk produktif dalam pemasaran asset membolehkan perkongsian pasaran atau platform itu wujud dan ini akan membawa kepada transaksi perniagaan yang berjaya. Oleh itu, konsultan perkhidmatan profesional seperti arkitek, jurutera, jurukur,perancang bandar dan juurkur tanah perlu mengambil inisiatif untuk berkongsi kepakaran dan sumber bersama dalam menjana pertumbuhan ekonomi dengan penggalakan perkongsian pengetahuan dan teknologi.

Secara kesimpulannya, perkongsian ekonomi membolehkan penjimatan kos, bersifat hijau dan kelestarian ekologi serta membentuk komuniti yang lebih kukuh. Walaupun secara tidak langsung akan mengganggu ekosistem sedia ada dan memberi kesan kepada pemain utama industri, dengan adanya model perniagaan perkongsian ekonomi ini, ia mungkin berpotensi untuk digunapakai terutamanya kepada pengusaha tempatan atau syarikat agar lebih bersifat berdaya saing. Namun, kejayaan perkongsian ekonomi ini juga sangat bergantung pada penambahbaikan komunikasi.

Simon LOW
Pengurus Besar
IPM Professional Services Sdn Bhd

**This Malay translation is for reference only. If the meaning of the Malay translation is inconsistent with the original English version, the original English version shall prevail.

Professional Engineers & Building Consultants In Malaysia - IPM
Artikel dalam format PDF »

error: Content is protected !!