Skip to content

Permohonan Sijil Perakuan Bomba

Pengarang: Ir. Dr. Justin LAI Woon Fatt | 26 Julai, 2020

Pengenalan Sijil Perakuan Bomba
Merujuk kepada Akta Perkhidmatan Bomba 1988, premis yang berisiko tinggi terdedah kepada kebakaran, wajib mendapatkan Sijil Perakuan Bomba (Fire Certificate, FC) yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) untuk memastikan premis-premis tersebut selamat diduduki. Kebiasaannya, pemilik premis, penghuni, dan jawatankuasa pengurusan premis bertanggungjawab untuk membuat permohonanan Sijil Perakuan Bomba.

  • Apakah Jenis Premis Yang Memerlukan Sijil Perakuan Bomba?
    Menurut kepada Akta Perkhidmatan Bomba (Premis Ditetapkan) 1998, premis ditetapkan yang memerlukan permohonan Sijil Perakuan Bomba disenaraikan di dalam jadual di bawah [1]:

  • Bangunan Yang Dikecualikan Daripada Memperolehi Sijil Perakuan Bomba?
    Merujuk kepada Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Seksyen 28 (3), rumah yang diduduki sebagai kediaman persendirian dan tempat beribadat boleh dikecualikan daripada mendapatkan Sijil Perakuan Bomba. [2].

  • Bagaimana Sekiranya Premis Yang Ditetapkan Tidak Mendapat Sijil Perakuan Bomba?
    Merujuk kepada Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Seksyen 33, sekiranya premis yang ditetapkan tidak memperolehi Sijil Perakuan Bomba, pemilik bangunan tersebut akan dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM100 untuk setiap hari selepas disabitkan bersalah. [2]

  • Permohonan Sijil Perakuan Bomba
    Setelah memperolehi Sijil Penyempurnaan dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance, CCC), premis baru mesti mendapatkan Sijil Perakuan Bomba dari BOMBA. Permohonan boleh dibuat di ibu pejabat BOMBA atau stesen BOMBA tertentu berdasarkan lokasi tapak projek. [3].

    Pemohon perlu menggunakan Borang I untuk memohon Sijil Perakuan Bomba. Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan [4]:
        1. Salinan CCC
        2. Salinan Pelan Bangunan (yang telah diluluskan oleh BOMBA semasa pengeluaran CCC)
        3. Salinan Perjanjian Jual Beli
        4. Salinan Hakmilik Tanah
        5. Salinan Penilaian
        6. Salinan Lesen Perniagaan

    Selain itu, BOMBA telah mewajibkan semua premis ditetapkan untuk memiliki Sistem Pemantauan Kebakaran Otomatis (SPKA) untuk menghubungkan sistem penggera kebakaran mereka ke balai bomba terdekat [4]. Sistem ini sangat penting bagi mencegah kerugian semasa kecemasan. Ia akan mengesan kebakaran pada peringkat awal, memberitahu pemilik atau penyewa mengenai kebakaran tersebut, dan melaporkan kejadian tersebut kepada BOMBA. Sistem Pemantauan Berkomputer (Computerized Monitoring System, CMS) yang lama telah digantikan oleh SPKA yang merupakan sistem terbaru yang digunakan oleh BOMBA. Mana-mana premis yang tidak mempunyai sistem SPKA tidak akan dikeluarkan Sijil Perakuan Bomba.

    Setelah pihak BOMBA menyemak semua dokumen yang dilampirkan, pihak BOMBA akan mengatur pemeriksaan. Sekiranya sistem perlindungan kebakaran teratur, pemohon boleh meneruskan pembayaran dan Sijil Perakuan Bomba akan dikeluarkan.

  • Pembaharuan Sijil Perakuan Bomba
    Merujuk kepada peraturan Perkhidmatan Bomba 2001 (Sijil Perakuan Bomba), tempoh sah sijil hanya 1 tahun dari tarikh sijil dikeluarkan [5]. Pembaharuan sijil hendaklah dilakukan setiap tahun. Pemohon hendaklah menggunakan Borang III untuk memohon pembaharuan Sijil Perakuan Bomba dan permohonan pembaharuan hendaklah dilakukan 30 hari sebelum tarikh luput sijil. Segala pembaharuan tertakluk kepada pemeriksaan BOMBA.

  • Bolehkah Premis Diubahsuai Setelah Mendapatkan Sijil Perakuan Bomba?
    Merujuk kepada Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Seksyen 32, mana-mana premis yang memiliki Sijil Perakuan Bomba tidak boleh melakukan pengubahsuaian yang akan menyebabkan sistem perlindungan kebakaran sediada menjadi tidak mencukupi[2]. Mana-mana premis yang memiliki Sijil Perakuan Bomba tidak boleh melakukan pengubahsuaian yang akan menyebabkan sistem perlindungan kebakaran sediada menjadi tidak mencukupi[2]. Sekiranya memerlukan pengubahsuaian, pemohon mesti membuat penyerahan lukisan sistem pemadam kebakaran kepada BOMBA sebelum membuat perubahan. BOMBA akan menyemak pelan yang dihantar. Sekiranya mematuhi standard, BOMBA akan mengatur pemeriksaan di tapak. Sijil Perakuan Bomba yang baru akan dikeluarkan setelah pembayaran selesai.

  • Adakah Pemohon Mempunyai Hak Untuk Merayu?
    Merujuk kepada Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Seksyen 34, pemohon mempunyai hak untuk merayu. Jika Bomba enggan mengeluarkan Sijil Perakuan Bomba, pemohon boleh membuat surat rayuan kepada Ketua Pengarah Bomba dalam masa 21 hari. Ketua Pengarah Bomba akan meneliti rayuan dan akan membuat keputusan akhir.

Kesimpulan
Ringkasnya, pemilik sesebuah premis mempunyai tanggungjawab untuk memeriksa sama ada perlu mendapatkan Sijil Perakuan Bomba. Sekiranya Sijil Perakuan Bomba diperlukan, pemilik premis boleh mengikuti panduan di atas untuk memohon. Dengan berbuat demikian, pemilik premis boleh memastikan premisnya selamat untuk diduduki dan dapat mengelakkan didenda oleh BOMBA.

Ir. Dr. Justin LAI Woon Fatt
CEO/ Pengasas
IPM Group

Rujukan:
[1] Perintah Perkhidmatan BOMBA (Premis Ditetapkan) 1998. (1998, July). Akta Perkhidmatan BOMBA 1998. P.U. (A) 276/1998.
[2] Fire Services Act 1988. (2006, January). Page 21-26. Official Portal Fire and Rescue Department of Malaysia. Retrieved from http://www.bomba.gov.my/bomba/resources/Akta_Bomba_(english).pdf
[3] Jadual Pejabat Zon Bomba dan Pihak Berkuasa Tempatan. (2020, March). Official Portal Fire and Rescue Department of Malaysia. Retrieved from http://www.bomba.gov.my/bomba/resources/user_1/UploadFile/Orang%20Awam/Perkhidmatan/jadual_pejabat_zon.pdf
[4] Perakuan Bomba. (2020, February). Official Portal Fire and Rescue Department of Malaysia. Retrieved from http://www.bomba.gov.my/index.php/pages/view/303
[5] Peraturan-Peraturan Perkhidmatan BOMBA (Perakuan BOMBA) 2001. (2001, August). Akta Perkhidmatan BOMBA 1998. P.U. (A) 241/2001

**This Malay translation is for reference only. If the meaning of the Malay translation is inconsistent with the original English version, the original English version shall prevail.

error: Content is protected !!