Skip to content

Punca Rekahan Pada Bangunan Bertingkat

Pengarang: Ir. Dr. Justin LAI Woon Fatt | 30 Jun, 2023

Pada era moden kini di mana jumlah kepadatan penduduk dan nilai tanah yang semakin meningkat, bandar raya telah dimajukan dengan peningkatan jumlah bangunan bertingkat. Ini telah mendorong kepada peningkatan permintaan terhadap bangunan bertingkat secara mendadak di kawasan bandar untuk kegunaan komersial dan residensi.

Rekahan pada bangunan ialah isu global yang memberi impak kepada penduduk di seluruh dunia. Apabila tegasan di dalam sesebuah bangunan melebihi nilai kekuatan, rekahan terhasil. Daya luar seperti beban mati, beban hidup, beban angin, beban seismik, atau pemendapan asas boleh menyebabkan tegasan kepada elemen struktur bangunan. Faktor dalaman seperti perubahan suhu, perubahan kelembapan, dan tindak balas kimia juga boleh mengakibatkan tegasan. Rekahan boleh terbentuk pada struktur atas pelbagai punca yang boleh diklasifikasikan kepada struktur atau bukan struktur. Kerosakan struktur lazimnya berpunca daripada kesalahan reka bentuk, pemendapan asas, daya angin, dan beban berlebihan. Rekahan yang bukan struktur pula boleh terhasil daripada faktor luaran seperti perubahan kelembapan, perubahan suhu, dan sebagainya.

Artikel ini merangkumi penyelidikan mengenai rekahan, punca-puncanya, dan cara rekahan mempengaruhi struktur. Pembentukan rekahan amat penting untuk difahami kerana kelazimannya untuk terjadi pada masa sekarang. Bagi memahami punca asas pembentukan rekahan, setiap faktor yang dipertimbangkan semasa fasa reka bentuk bangunan bertingkat mesti dirangkumkan di dalam senarai punca-punca. Walaupun rekahan hanya kecil, tetapi ia berpotensi untuk berkembang di masa hadapan. Perundingan bersama jurutera perunding struktur amat penting di mana mereka boleh memberi pelbagai cadangan untuk menangani pembentukan rekahan dan memberi solusi terhadap isu yang sedia ada tanpa menjejaskan struktur di kawasan lain.

Konkrit adalah salah satu bahan komposisi yang biasa digunakan di dalam setiap fasa pembinaan, tetapi ia juga mudah terdedah kepada kerosakan atau kecacatan sepanjang hayatnya disebabkan oleh beberapa punca. Jadual 1 menunjukkan punca-punca rekahan yang boleh terjadi:


Kesan rekahan
Rekahan meningkatkan kelemahan sesebuah bangunan seperti kesan luaran, mempercepat penuaan dan akan mengurangkan ketahanan mekanikal sesebuah struktur. Selain itu, rekahan mengurangkan kapasiti bangunan untuk menahan tekanan dan boleh meruntuhkan bangunan. Apabila rekahan muncul, penting untuk melakukan penilaian bagaimana ia boleh menjejaskan ketahanan struktur dan mewujudkan jadual pemantauan sebagaimana rekahan tersebut boleh menjadi kesan besar terhadap penghuni bangunan. Penghuni bangunan terpaksa berhadapan dengan kesan negatif seperti keadaan hidup yang tidak selesa, risiko keselamatan dan kos pembaikan yang tinggi [2]. Tidak dinafikan bahawa keselesaan dan produktiviti penghuni berkait dengan prestasi bangunan yang dihuni sebagai tempat tinggal, pembelajaran, penyelidikan atau pekerjaan, dengan itu pemeliharaan bangunan memberi kesan berpanjangan terhadap kehidupan masyarakat [2].

Harus diingat bahawa pemeriksaan kasar tidak boleh menentukan punca masalah dengan hanya memerhati tanda-tanda yang kelihatan pada bangunan. Setelah menggunakan teknik diagnostik yang betul, hanya jurutera perunding struktur yang berpengalaman boleh mencadangkan kaedah pembaikan [3].

Kesimpulan
Selari dengan peningkatan permintaan untuk bangunan-bangunan bertingkat, bilangan kes rekahan pada bangunan bertingkat juga semakin meningkat. Kemerosotan struktur boleh berpunca daripada pelbagai faktor. Apabila sebarang kecacatan dilihat pada bangunan mahupun struktur, ia seharusnya mendapatkan pandangan daripada jurutera perunding struktur profesional. Dengan pemeriksaan dan ujian yang dirancang dengan betul mahupun pengesahan reka bentuk, penyelesaian yang lebih sesuai boleh terhasil untuk mengurangkan atau memperbaiki sebarang kecacatan sebelum menjadi lebih teruk.

Ir. Dr. Justin LAI Woon Fatt
CEO/ Pengasas
IPM Group

Rujukan:
[1] R. Pathak & D. Rastogi. (2017). Case Study on Cracks in Public Buildings and their Remedies. International Journal of Science and Research (IJSR), Volume 6 Issue 5, 325-329.
[2] A. Daud & M. F. Ishak. (2018). Defect on High Rise Government Office Buildings in Kelantan. 3rd Undergraduate Seminar on Built Environment and Technology 2018 (USBET2018), 126-130.
[3] D L. Sonani & P. M. Attarde. (2019). Causes, Prevention And Repairing of Cracks In High Rise Building”. IJSART, Volume 5 Issue 11, 39-45


**This Malay translation is for reference only. If the meaning of the Malay translation is inconsistent with the original English version, the original English version shall prevail.

error: Content is protected !!