Skip to content

5 Kebaikan Melantik Firma Perunding Multidisiplin

Pengarang: Michael ANG | 23 April, 2020

Apa itu Firma Perunding Multidisiplin?

Firma perunding adalah perniagaan yang terdiri daripada pakar – pakar khusus industri yang menawarkan nasihat, bimbingan, bantuan, dan solusi profesional untuk perniagaan – perniagaan lain yang mengalami cabaran yang tidak dapat ditangani secara sendiri. Secara khusus, dalam industri pembinaan dan bangunan, terdapat firma yang khusus untuk amalan perundingan tertentu sahaja, contohnya seni bina, kejuruteraan awam dan struktur, kejuruteraan mekanikal dan elektrikal, perancang bandar, ukur bahan, ukur tanah, dan seni bina landskap. Seperti namanya, firma perunding pelbagai disiplin dalam industri ini adalah firma yang merangkumi dua atau lebih disiplin dan memberikan perkhidmatan yang lebih komprehensif kepada pelanggan berbanding dengan yang hanya menyediakan satu disiplin.

5 Kebaikan Firma Perunding Multidisiplin

    1. Komunikasi Yang Cekap Dan BerkesanKomunikasi yang cekap dan berkesan adalah kunci untuk memastikan hasil yang optimum di dalam pengurusan projek. Masalah komunikasi selalu timbul apabila pelbagai pihak firma perunding profesional bekerjasama di dalam satu projek yang sama. Kelewatan jawapan balas, sifat e-mel yang tidak mesra, dan komunikasi yang terputus maklumat adalah antara penyebab kesilapan di dalam pengurusan projek. Cabaran seperti ini dapat dikurangkan dengan berkesan apabila semua pihak profesional bekerjasama secara bersama di bawah satu bumbung. Komunikasi antara jabatan yang berbeza dapat menjadi lebih cepat dan lebih mudah kerana semua bekerja berdekatan antara satu sama lain.
    2. Tanggungjawab TunggalDari perspektif pelanggan, membuang masa di dalam berkomunikasi dan berkoordinasi dengan pelbagai syarikat perunding adalah tiada gunanya apabila ia hanya boleh berurusan dengan satu syarikat untuk kesemuanya. Perkara ini berlaku terutamanya bagi sebilangan pelanggan yang mempunyai sumber pengurusan projek yang terhad, iaitu kekurangan pengurus projek yang berpengalaman, arkitek projek persendirian, ataupun jurutera. Ini merupakan cabaran yang besar bagi syarikat untuk berkomunikasi dan mengkoordinasikan semua pihak dengan cekap apabila timbul konflik di kalangan perunding. Situasi akan menjadi lebih mudah sekiranya perunding multidisiplin dapat bertindak sebagai satu tanggungjawab yang tunggal, iaitu yang dapat ditangani oleh klien untuk semua masalah yang timbul.
    3. Koordinasi BerkesanKoordinasi antara jabatan di dalam firma perunding multidisiplin adalah berkesan jika dibandingkan dengan koordinasi antara firma perunding yang berbeza yang dilakukan oleh pelanggan secara berasingan. Setiap jabatan memahami gaya kerja antara satu sama lain. Kerjasama yang lancar antara setiap jabatan dapat dicapai.

      Walaupun ada perselisihan yang mungkin akan berlaku antara setiap jabatan, perbalahan tidak akan bertahan lama kerana akhirnya firma yang sama perlu mengatasi masalah yang timbul. Tidak seperti perselisihan di antara firma yang berlainan, semua pihak akan selalu menolak tuduhan tersebut untuk mengurangkan kemungkinan kos yang akan timbul.

    4. Keberkesanan Masa dan KosKomunikasi dan koordinasi yang tidak cekap dan tidak berkesan selalu membawa kepada kelewatan sesuatu projek dan bajet yang berlebihan. Tarikh jangkaan siap bina projek sangat penting bagi pelanggan, kerana di dalam kebanyakan kes, tarikh adalah tanda ketika pelanggan perlu melakukan penyerahan premis, proses pindah masuk, atau memulakan sesuatu perniagaan mereka. Kelewatan siap bina projek akan menyebabkan pelanggan di dalam keadaan posisi kehilangan kewangan, kerana mereka mungkin perlu melakukan pampasan kepada lewat penyerahan atau kerana operasi perniagaan yang lewat.

      Menyiapkan sesuatu projek mengikut anggaran yang ditetapkan juga sangat penting bagi pelanggan. Pengembalian pelaburan (ROI) untuk projek akan dapat dikurangkan jika pembiayaian projek akhir lebih tinggi dari anggaran yang telah ditetapkan. Penganggaran lebihan yang tidak perlu kerana komunikasi dan koordinasi yang tidak kompeten harus dielakkan untuk mengekalkan ROI projek.

      Dengan adanya firma perundingan multidisiplin, jangka masa peringkat reka bentuk dijangka lebih pendek kerana banyak mesyuarat luaran dapat dihapuskan. Proses membuat keputusan juga dapat di buat lebih cepat kerana sebagian besar masalah koordinasi yang timbul dalam projek dapat diselesaikan dengan segera di dalam firma tanpa melibatkan pihak lain.

    5. Pertukaran PengetahuanKomunikasi yang berkesan bukan sahaja meningkatkan kecekapan pengurusan projek tetapi juga mendorong pertukaran pengetahuan antara profesional dari pelbagai jabatan di dalam firma perundingan multidisiplin. Kekerapan kerjasama yang tinggi antara profesional mewujudkan platform yang sempurna untuk mereka berkongsi dan belajar di antara satu sama lain. Platform ini memastikan para profesional tidak hanya memahami dan berfikir dari segi perspektif mereka sendiri tetapi juga dapat berfikir dari sudut lain untuk mengurangkan perbalahan yang tidak diingini di antara disiplin ilmu. Dalam pengertian ini, diharapkan para profesional di dalam firma multidisiplin bukan sahaja pakar dalam disiplin tertentu tetapi juga dapat membantu pelanggan dalam perkara di luar kepakaran mereka.

Kesimpulan

Firma perundingan multidisiplin mempunyai kelebihan berbanding firma perunding disiplin tunggal biasa. Sangat digalakkan untuk pelanggan yang mempunyai sumber yang terhad, seperti pemaju perumahan kecil, pemilik kilang, dan pelabur harta tanah, untuk melibatkan firma perunding multidisiplin bagi menguruskan projek pembangunan harta tanah mereka. Ini secara signifikan akan mengurangkan risiko masa dan kewangan mereka dengan mengurangkan ketidakefektifan dan ketidakcekapan komunikasi dan koordinasi antara profesional yang terlibat, dengan itu, masalah yang berkurang dan menghasilkan ROI yang lebih tinggi.

Michael ANG
Pengurus Pembangunan Perniagaan
IPM Professional Services Sdn Bhd

**This Malay translation is for reference only. If the meaning of the Malay translation is inconsistent with the original English version, the original English version shall prevail.


Artikel dalam format PDF »

error: Content is protected !!