Skip to content

Keperluan bagi Penginapan Pekerja Asing

Pengarang: Ir. Dr. Justin LAI Woon Fatt | 29 Disember, 2020

PENDAHULUAN

Dalam berita terkini, kilang-kilang yang terkemuka telah dikenakan denda sebanyak RM 50,000 bagi setiap pekerja asing dek kerana asrama yang terlampau sesak serta beberapa keperluan yang tidak dipatuhi. Hal ini telah memberi kesedaran dalam kalangan industri perkilangan dan majikan untuk mengkaji semula penginapan pekerja-pekerja mereka, bagi memastikan ianya mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan.

Bagi mematuhi garis panduan yang ditetapkan, pihak industri perlu mengemukakan reka bentuk penginapan pekerja kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk semua tempat tinggal pekerja yang telah dibina, Sesetengah PBT bahkan meminta untuk mengemukakan Kebenaran Merancang Sementara (Temporary Development Order) kerana terdapat kediaman di kawasan industri. Kelulusan daripada PBT bagi penginapan pekerja merupakan sebahagian daripada keperluan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk mendapatkan Perakuan Penginapan (Accommodation Certificate).

Jika pekerja tinggal di bangunan tetap, prasyarat untuk mendapatkan Perakuan Penginapan adalah dengan memiliki Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi bangunan tersebut terlebih dahulu. Oleh kerana kebanyakan kuarters pekerja adalah jenis penginapan kabin atau modular, ianya diambil kira sebagai bangunan sementara. Sehubungan dengan itu, prasyaratnya adalah mempunyai Permit Bangunan Sementara (Temporary Building Permit) sebelum mendapatkan Perakuan Penginapan [1]. Permit Bangunan Sementara yang dikeluarkan oleh PBT bertujuan untuk membolehkan bangunan sementara wujud untuk jangka waktu tertentu sahaja. Tempoh permit tersebut berkuatkuasa bergantung kepada syarat yang dikenakan oleh PBT. Bagi Permit Bangunan Sementara ini hanya jabatan tempatan yang relevan seperti Jabatan Bangunan PBT dan Jabatan Kejuruteraan PBT yang akan terlibat, manakala jabatan luaran seperti Jabatan Bomba dari setiap negeri (Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri) mungkin akan terlibat sekiranya perlu [2].

PANDUAN PERATURAN

Apakah perkara-perkara lain yang diperlukan dari peraturan yang disediakan oleh garis panduan?

**Perhatian: Keperluan-keperluan yang dinyatakan di atas tidak merangkumi semua perkara dari garis panduan. Ianya cuma merangkumi beberapa bahagian dari perancangan dan reka bentuk untuk mengemukakan Permit Bangunan Sementara asrama.

CONTOH SUSUN ATUR YANG SESUAI

Seperti yang ditunjukkan di Rajah 1, contoh pelan lantai terdapat 4 kuarters pekerja, dimana masing-masing mempunyai luas 21 meter persegi (mp). Bilangan pekerja yang sesuai yang boleh tinggal di dalam satu bilik dikira seperti berikut:

Memandangkan terdapat 4 kuarters pekerja, jumlah pekerja yang tinggal dibawah satu bumbung adalah 7 x 4 iaitu 28 pekerja.

Dalam Rajah 1, dua tandas telah disediakan, dimana tandas tersebut telah digabungkan bersama kemudahan bilik mandi. Menurut Akta 446, setiap 15 orang pekerja perlu disediakan 1 tandas, oleh itu terdapat maksimum 30 orang pekerja untuk penggunaan 2 tandas dimana bilangan tersebut adalah mencukupi bagi anggaran 28 pekerja.

Ruang dapur dan ruang makan juga telah disediakan, sementara tempat pembuangan sampah diletakkan di luar bangunan, yang tidak ditunjukkan dalam Rajah 1. Akhir sekali, kit pertolongan cemas dan alat pemadam api perlu harus dipasang berhampiran pintu keluar dan lokasi-lokasi lain meliputi keseluruhan bangunan.

Nota penting bagi tempat tinggal pekerja :

    1. Semua kemudahan dan ruang hanya boleh digunakan untuk tujuan asal sahaja, dan ianya tidak boleh diubah [3].
    2. Segala perubahan yang berkaitan dengan kapasiti penghuni perlu mendapatkan persetujuan baru daripada PBT [3].

KESIMPULAN

Keperluan-keperluan yang ditetapkan ini sangat penting untuk memastikan kesejahteraan pekerja asing yang tinggal di tempat penginapan ini. Oleh hal yang demikian, untuk memastikan tempat tinggal pekerja dirancang dengan baik dan mematuhi peraturan, majikan harus mendapatkan nasihat professional dari arkitek dan jurutera yang berkelayakan untuk mengelak daripada dikenakan denda yang tidak wajar.

Ir. Dr. Justin LAI Woon Fatt
CEO/ Pengasas
IPM Group

Rujukan:
[1] Employees’ Minimum Standards of Housing, Accommodations and Amenities (Accommodation and Centralized Accommodation) Regulations 2020). Retrieved on 15th December 2020 from http://jtksm.mohr.gov.my/images/akta446/9_Penginapanberpusat.pdf
[2] Ir. Dr. Justin LAI Woon Fatt (2020, May 09). Building Plan vs Temporary Building Permit. Retrieved on 17th December 2020 from https://ipm.my/building-plan-vs-temporary-building-permit/
[3] Garis Panduan Penetapan Standard Minimum Penginapan Pekerja Asing 2018. Retrieved on 17th December 2020 from http://jtksm.mohr.gov.my/images/pdf/Garis_Panduan/garis_panduan_penetapan_standard_minimum_penginapan_pekerja_asing_2018.pdf


**This Malay translation is for reference only. If the meaning of the Malay translation is inconsistent with the original English version, the original English version shall prevail.

error: Content is protected !!