Skip to content

Senibina Lestari & Warga Tua

Pengarang: Kim Zhao Wei | 28 Jun, 2017

Di abad ke-21 ini, kita dapat menikmati kemajuan penjagaan kesihatan dan persekitaran hidup yang sangat baik. Kita menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan nenek moyang kita pada zaman dahulu dan kita kurang bimbang akan kesihatan diri kita sendiri. Dengan kadar kematian yang rendah, sebenarnya kita hidup dalam era yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, namun perkara ini juga menimbulkan krisis yang pernah dihadapi sebelum ini.

Antara kebimbangan yang perlu ditujukan adalah:

      • Adakah bandar pada masa ni mampu untuk menampung keperluan warga pesara/ warga emas?
      • Adakah anak-anak mampu untuk mengendalikan kerja mereka sambal menjaga orang tua mereka pada masa hadapan?
      • Dengan kadar kebarangkalian warga tua mengalami kesakitan dan memerlukan penjagaan rapi, adakah hospital atau rumah orang tua adalah tempat untu mereka diletakkan pada masa hadapan?

Berikut merupakan beberapa fakta bagi kita sedar bagaimana warga tua dan sesuatu bandar itu boleh dihubungkan pada masa hadapan:

Gambar di atas menunjukkan pergerakan-pergerakan yang paling mudah bagi seorang manusia normal untuk menjalankan aktiviti harian. Jika seseorang itu gagal untuk berbuat salah satu pergerakan tersebut, orang tersebut memerlukan penjagaan yang rapi. Orang tersebut mungkin akan diletakkan di pusat penjagaan khusus, rumah orang tua atau pusat hospital.

Gambar di atas adalah merupakan keperluan asas pergerakan untuk menjalani kehidupan dalam masyarakat abad ke-21. Namun begitu, jika seseorang itu tidak mampu untuk menyelesaikan keperluan-keperluan di atas, mereka perlu bimbingan tambahan daripada orang lain untuk mencapai keperluan-keperluan tersebut. Ini adalah sebab mengapa pembantu rumah dan pembantu peribadi diupah.

Terdapat statistik mengejutkan menunjukkan 1 daripada 3 warga tua jatuh pada setiap tahun! Kadar kemalangan kenderaan adalah 1 daripada 113 sudah cukup merisaukan, apatah lagi statistik mengejutkan seperti ini?

Tambahan lagi, 81% kematian akibat jatuh adalah di antara warga tua berumur daripada 65 tahun dan ke atas. Ini bermaksud, 4 daripada 5 orang yang jatuh boleh menyebabkan maut kepada warga tua. Dalam perspective lain, apabila usia kita mencecah 65 tahun dan ke atas, kita mempunyai anggaran 27% kemungkinan untuk jatuh dan menyebabkan kematian. Untuk perbandingan, menaiki kapal terbang adalah lebih selamat daripada berjalan-jalan ketika berusia 65 tahun.

Menjelang tahun 2050, kebanyakan dari kita mampu untuk hidup sehingga 80 tahun namun tidak semestinya ianya adalah perkara yang baik. Bayangkan apa yang kita akan penuhi masa dalam 15 tahun. Ini akan menjadikan keadaan lebih buruk jika kita hanya mempunyai beberapa teman dan akhirnya hilang tujuan hidup.

Tambahan lagi, kos untuk pendaftaran rumah penjagaan pada ketika itu adalah tinggi (tidak mengambil kira kualiti servis). RM 7,300 (USD 1,600) sebulan merupakan jumlah yang besar yang diperlukan untuk mengekalkan seorang penghuni rumah penjagaan dan jika penghuni tersebut tinggal dalam jangka masa 10 tahun, perbelanjaan boleh mencecah RM1,000,000.00 (selepas mengambil kira inflasi) di mana kebanyakan orang tidak mampu, apatah lagi tidak termasuk kos ubat-ubatan dan pelbagai perbelanjaan lain.

ipm-articles-5

Japan telah mula mengalami impak komuniti yang berusia, di mana terdapat lebih ramai warga tua berbanding golongan muda. Bayangkan berapa ramai jururawat dan penjaga professional diperlukan bagi menjaga golongan warga tua yang bertambah?

Walaubagaimanapun, kita masih mampu untuk mengubah keadaan bermula sekarang. Terdapat beberapa penyelesaian yang boleh mengurangkan beban komuniti berbelanja untuk penjagaan warga tua. Dengan adanya kemajuan automobile yang akan membawa warga tua; kemajuan bioteknologi yang akan meningkatkan kesihatan warga tua; bandar pintar yang mengurangkan kebarangkalian jatuh dan pengurusan ‘blockchain’ yang mampu mengoptimumkan sumber sediada untuk digunakan oleh warga tua. Terdapat banyak cara untuk kita mula merekabentuk dan membina bandar masa hadapan mesra warga tua.

Dengan mengambilkira pembangunan lestari dalam rekabentuk senibina, kita (generasi muda kini) akan memperoleh kebaikan untuk kehidupan masa tua akan datang. Garisan panduan baru dan perlaksanaan yang ketat boleh dibuat dalam praktis senibina untuk menerapkan idea tersebut. Selain daripada itu juga, kita boleh mentakrifkan semula ruang-ruang perumahan sedia ada kepada mesra pengguna dan warga tua. Berikut adalah idea dan konsep yang boleh disumbangkan oleh senibina:

  1. Penambahbaikan garis panduan
    1. Kemasan lantai anti-licin bagi kediaman warga tua.
    2. Kemasan lantai yang lembut pada lain-lain temat untuk mengurangkan impak kecederaan.
    3. Perlu menyediakan kelengkapan bantuan seperti selusur tangan, ‘ramp’ dan lain-lain.
    4. Pengawalan kepadatan penduduk untuk menggalakkan suasana kejiranan.
    5. Tambahan rizab alam semula jadi dengan ruang-ruang serbaguna seperti taman, lading dan sebagainya.
    6. Berhampiran dengan kemudahan pusat kesihatan dalam radius tertentu untuk mengurangkan waktu perjalanan.
    7. Keperluan lif yang boleh memuatkan pengusung (bagi kegunaan kecemasan).
    8. Papan tanda yang jelas dan mudah dikenalpasti atau yang mempunyai ciri-ciri alat bantu kepada penghidap Alzheimer untuk bergerak.
    9. Perlaksanaan yang ketat bagi keperluan pencahayaan dan pengudaraan untuk ruang-ruang yang didiami oleh warga tua berbanding ruang yang kedap dengan pendingin hawa.
  2. Inovasi senibina
    1. Pentakrifan semula rekabentuk senibina bagi kemudahan kesihatan warga tua, penambahbaikan ciri-ciri kawasan peranginan yang lebih kepada ketenangan dan kecenderungan hidup.
    2. Pentakrifan semula unit perumahan ‘co-living’ warga tua dengan keluarga untuk menggalakkan golongan muda hidup bersama mereka atau tinggal berhampiran dengan mereka. Ini akan meningkatkan ikatan kekeluargaan di antara 2 generasi.
    3. memperkenalkan unit kediaman manusia-haiwan peliharaan bagi menggalakkan warga tua untuk membela haiwan peliharaan di mana ianya dapat membantu mengurangkan kesunyian.
    4. Mengalakkan ruang integrasi pelbagai fungsi untuk memenuhi keperluan warga tua yang mungkin menghadapi kesukaran untuk bergerak jarak jauh.
    5. Memperkenalkan pusat komuniti baru yang boleh memenuhi keperluan warga tua untuk bersosial dan bersenam kerana tipologi sedia ada tiada nilai komuniti (kebanyakan golongan muda sibuk bekerja dan tidak berkesempatan untuk menggunakan kemudahan yang ada)
    6. Memperkenalkan kemudahan pendidikan yang menggabungkan tadika dan pusat warga tua di mana mereka boleh berinteraksi antara satu sama lain dan berkongsi idea dan panduan.

KIM Zhao Wei
Arkitek Graduan
IPM Professional Services Sdn Bhd

**This Malay translation is for reference only. If the meaning of the Malay translation is inconsistent with the original English version, the original English version shall prevail.

if_pdfs_774684
Artikel dalam format PDF »

error: Content is protected !!