Skip to content

Memberi Inspirasi Kepada Generasi Muda Untuk Memilih Arkitek Sebagai Profesion

Pengarang: KIM Zhao Wei | 28 September, 2017

Senibina merupakan satu profesion yang melibatkan variasi yang luas dan pengetahuan, seperti proses dan perancangan produk, merekabentuk dan membina bangunan, serta lain-lain fizikal struktur. Pada zaman lampau, arkitek pernah dilabel sebagai ‘master builder’ disebabkan pada masa itu tiada tugas khusus yang merangkumi perancangan awalan, reka bentuk skematik, pengembangan reka bentuk, dokumentasi kontrak, pelaksanaan kontrak, dan pengurusan. Secara keseluruhan, ianya melibatkan reka bentuk dan pengurusan.

Terdapat sebanyak 2023 arkitek berdaftar (dengan lesen pengamal) dan 2313 arkitek graduan (bagi sesiapa yang tamat khusus akreditasi oleh LAM Part II) seperti yang direkodkan oleh Lemabaga Arkitek Malaysia pada September 2017. Tujuan lembaga tersebut adalah untuk mempunyai 10,000 pengamal arkitek dalam pasaran menjelang tahun 2020, namun ianya masih jauh dari keadaan reality. Maka, adalah sangat penting bagi pengamal arkitek, terutamanya arkitek-arkitek berdaftar dan arkitek graduan untuk terlibat sama dengan golongan muda bagi mencari bakat-bakat baru.

Dalam bidang senibina, terdapat pemikir makro dan pemikir micro. Bagi kebanyakannya, arkitek dilabel sebagai pemikir makro dengan pepatah mereka adalah ‘jack of all trades, master of none’. Ianya bermaksud, arkitek boleh melihat sesuatu perkara dalam dimensi yang berbeza dan dapat mengenalpasti hubungkait di antaranya. Sebagai contoh, bagi mencipta satu cadangan rekabentuk yang bagus dan meyakinkan,terdapat keperluan pemahaman bukan sahaja terhadap keperluan klien dan perincian teknikal, namun arkitek juga perlu memahami persekitarannya, sejarah, budaya dan orang (pengguna). Sebilangan arkitek mungkin juga mempunyai minat untuk menjadi pemikir mikro yang hanya fokus pada masalah teknikal. Mereka ini adalah jenis yang pemikir kritis dan hebat dalam peraturan-peraturan. Tiada istilah salah atau betul, tetapi yang penting adalah kategori mana yang dimiliki oleh seseorang itu. Dengan adanya kefahaman tersebut, ianya lebih mudah untuk meletakkan diri dalam industry dan mengoptimumkan potensi diri.

Dalam senibina, system rekabentuk dan pengurusan boleh dipelajari. Ianya perlu untuk meningkatkan kecekapan untuk mengendalikan maklumat yang banyak, dokumen-dokumen dan sumber yang ada. System yang baik membolehkan semua maklumat seperti, kehendak klien, reka bentuk dan input dari jurutera, pengiraan-pengiraan, reka bentuk landskap, reka bentuk perancang, dokumentasi dapat dikongsi antara pihak yang terlibat. Ketelusan, perkongsian maklumat yang pantas dan struktur maklumat yang sistematik adalah kunci untuk menghasilkan sistem yang hebat. Dengan memastikan orang yang tepat untuk mendapatkan mesej yang tepat dan jelas adalah salah satu faktor yang boleh menambahbaik produktiviti seseorang. Seseorang itu akan memperoleh pengalaman bagaimana proses dan system tersebut dikendalikan dalam sekolah senibina. Di abad ke-21 di mana sumber maklumat menjadi terlalu banyak adalah suatu kebiasaan, satu sistem perlu dimiliki untuk menyusun dan menguruskan maklumat-maklumat tersebut adalah penting untuk terus kekal berdaya saing. Maka, adalah satu kelebihan untuk mempunyai sistem peribadi yang dapat mengendalikan tugas-tugas harian dan dikembangkan ke arah pengendalian syarikat.

Dalam senibina juga, penciptaan merupakan satu peluang yang boleh dipelajari. Bagi seseorang yang pengamal, senibina adalah sesuai untuk mereka kerana ianya adalah lebih kepada pengamalan berbanding pembelajaran.

Contohnya untuk mereka bentuk sesuatu bangunan, sebuah rumah tidaklah mudah seperti yang dilihat dan ia melibatkan pelbagai pengetahuan teknikal. Bermula dari rekabentuk setiap ruang, setiap bukaan, bahan struktur, baha kemasan, pencahayaan semula jadi, pengudaraan, bekalan air dan pengaliran, sisa buangan dan keselesaan adala sebahagian daripada pertimbangan reka bentuk untuk sebuah rumah. Yang terakhir, dengan semua maklumat yang telah dikumpulkan, barulah rekabentuk yang bagus dapat dihasilkan. Maka, dengan mempelajari sanibina, seseorang itu dapat mempelajari prose penghasilan sesuau produk.

Selain daripada itu, semua orang akan mempelajari tentangkerjasama dan komunikasi dalam bidang senibina. Komunikasi adalah kunci kepada kerjasama yang hebat; kerjasama yang hebat akan mengurangkan pertikaian dan menambah kepelbagaian ketika project dilaksanakan. Dengan sekolah senibina, semua orang dilatih untuk menjadi pembentang. Setiap project akan diakhiri dengan pembentangan kepada juri panel, menerangkan tujuan rekabentuk dan konsep yang digunakan. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran pertuturan di hadapan umum tetapi juga dapat meningkatkan keyakinan diri. Selain daripada itu, terdapat banyak peluang untuk bekerjasama dengan lain-lain kepakaran dalam projek-projek yang terlibat. Secara ringkasnya, dengan adanya kemahiran berkomunikasi untuk mencapai kerjasama, seseorang itu boleh mengendalikan sebuah pasukan dan juga sebuah syarikat. Ianya berguna pada era kini di mana tiada manusia yang akan berjaya secara keseorangan dan sebuah kerjasama akan menghasilkan keajaiban walaupun dengan mula secara kecilan!

Kesimpulannya, berada dalam komuniti yang sentiasa mengalami perubahan secara pesat adalah tidak mudah bagi mana-mana golongan muda. Justeru itu, adalah satu tindakan bijak untuk mengambil kemahiran-kemahiran yang telah disebutkan di atas yang ditawarkan dalam pembelajaran senibina untuk seseorang itu dapat meningkatkan daya tahan dan daya saing untuk meneruskan kehidupan.

KIM Zhao Wei
Arkitek Graduan
IPM Professional Services Sdn Bhd

**This Malay translation is for reference only. If the meaning of the Malay translation is inconsistent with the original English version, the original English version shall prevail.

 

if_pdfs_774684
Artikel dalam format PDF »

error: Content is protected !!