Skip to content

Kepentingan Jenama Korporat Bagi Industri Perkhidmatan Profesional

Pengarang: Ir. Justin Lai Woon Fatt | 19 Ogos, 2017

Satu perbualan menarik antara saya dan jurutera berlaku sekitar bulan lepas sambil menikmati kopi. Dengan gelaran En.K, pakar dalam Kejuruteraan Elektrik dan En. T, seorang rakan kongsinya dan juga pakar dalam Kejuruteraan Mekanikal, perbualan kami adalah seperti berikut:

En. K : IPM telah melakukan banyak aktiviti penjenamaan korporat kebelakangan ini. Tidak diragukan orang merasakan IPM sangat profesional dan berjaya. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, jenama korporat sepatutnya dibuat oleh syarikat skala besar.

Saya : Bagaimana tuan menggambarkan syarikat tuan?

En. K : Sebuah firma rakan kongsi konsultansi Kejuruteraan Elektrical dan Mekanikal.

Saya : Jadi, bagaimana syarikat tuan akan beroperasi jika En. T keluar dari syarikat dan menyertai syarikat lain dengan sebab syarikat tersebut mempunyai visi yang lebih jelas, sistem pengurusan yang baik dan imej korporat yang bagus?

En. K : …

Berdasarkan perbualan tersebut, saya menyedari bahawa terdapat jurang yang besar pada corak pemikiran seorang jurutera dan seorang ‘entregineer’ (jurutera dengan pemikiran keusahawanan). Seorang jurutera berusaha untuk mengembangkan pengetahuan teknikal namun, seorang ‘entregineer’ akan berusaha untuk mencapai cita-cita untuk kemajuan sesebuah masyarakat dengan memanfaatkan pengetahuan teknikal daripada sekumpulan pakar.

Napoleon Hill, pengarang bagi ‘Think and Grow Rich’ ada menyebutkan, “Orang yang berpengetahuan tidak semestinya mempunyai banyak pengetahuan am dan pengetahuan yang khusus. Orang yang berpengetahuan adalah orang yang mampu mengembangkan fikirannya untuk memperoleh apa sahaja yang dia inginkan atau yang setara dengannya tanpa melanggar hak orang lain. ILMU tidak akan menarik wang, melainkan ianya dalam keadaan tersusun, dan diarahkan secara bijak, melalui PELAN TINDAKAN yang praktikal, kepada PENGAKIRAN YANG TEGUH bagi pengumpulan wang. Kekurangan pemahaman pada fakta ini menjadi kekeliruan kepada jutaan orang yang salah mempercayai bahawa “pengetahuan adalah kuasa.” Ianya langsung tidak serupa! Ilmu merupakan kuasa potensi. Ianya akan menjadi kuasa jika dan bila ianya disusun menjadi pelan tindakan yang teguh dan dibawa ke arah pengakhiran yang teguh.”

Hospital tanpa doktor dan pesakit adalah Cuma sebuah bangunan. Firma konsultansi tanpa sekumpulan pakar cuma sebuah tin kosong. Adalah penting untuk mengekalkan bakat yang berharga bagi memperoleh kelebihan daya saing yang berterusan. Justeru itu, pada pendapat saya, fokus utama kini adalah bagaimana untuk menarik dan mengekalkan bakat-bakat yang ada berbanding hanya fokus untuk meningkatkan pengetahuan teknikal. Banyak organisasi-organisasi yang telah mengamalkan penjenamaan korporat untuk menggalakkan kesetiaan jenama itu sendiri pada pelanggan. Seiring itu juga, aktiviti penjenamaan korporat memberi ruang bagi mereka membuat perbandingan sesama mereka dan menjadikan diri mereka lebih berkelebihan dari perspektif pekerja sendiri.

Pada sudut mikro, calon pekerja bergantung pada penjenamaan majikan yang dikembangkan melalui pemasaran, pengalaman peribadi, dari mulut ke mulut, dan persepsi mereka terhadap penjenamaan untuk membantu mereka membuat keputusan ketika melalui penilaian dan perbandingan bakal majikan. Sesebuah penjenamaan yang kukuh adalah berkelebihan bagi ‘curriculum vitae’ seorang pemohon. Pada sudut macro, penjenamaan korporat penting untuk menarik modal insan yang diperlukan untuk menyumbangkan objektif yang strategik dan prestasi kewangan sesebuah organisasi. Penjenamaan bukan sahaja untuk penyediaan rangka kerja mudah dan fokus terhadap keperluan dan peningkatan produktiviti, ianya juga penting bagi penambahbaikan pengambilan, pengekalan, dan komitmen pekerja. Majikan perlu mempromosi visi syarikat dan menunjukkan bagaimana hasil kerja pekerja dapat menyumbang ke arah visi tersebut bagi memastikan mereka terus terlibat. Ramai orang mudah untuk memilih gaji dan manfaat yang lebih baik, namun sukar bagi mereka untuk meninggalkan sesuatu syarkat itu jika mereka merasa bertanggungjawab untuk mencapai visi syarikat itu sendiri. Dengan mengetahui bahawa hasil kerja mereka memberi kesan yang besar, ianya akan memberi kesan positif. Majikan perlu terus teguh dalam objektif perniagaan mereka dan sentiasa mengingatkan pekerja akan motif hasil kerja mereka supaya mereka sentiasa diingatkan akan kepentingan hasil kerja mereka dan akan sentiasa berbalik kepada visi syarikat itu sendiri.

Penjenamaan secara singkatnya, adalah salah satu cara pemasaran dan pengiklanan paling efektif bukan sahaja untuk tujuan perniagaan, tetapi juga untuk menarik dan mengekalkan bakat yang perlu. Ini juga adalah sebab mengapa perkembangan penjenamaan kini adalah salah satu aktiviti utama dalam IPM Group. IPM telah menerapkan penjenamaan korporat sejak 2013 dan dianugerahkan sijil ‘National Mark of Malaysian Brand’ daripada SME Corporation Malaysia dan Sirim QAS International Sdn Bhd pada tahun 2014 selepas melalui pelbagai siri penilaian dan audit, di mana akses pematuhan ketat terhadap standard kualiti dan kriteria. Di antara prasyarat untuk menyertai program pensijilan, sesebuah organisasi perlu terlebih dahulu mencapai minimum 3 bintang di bawah program penilaian ‘SCORE SME Corp’ dan perlu mempunyai kualiti program standard yang sedia ada seperti ISO9001. Pada tahun yang sama, IPM juga secara rasmi diiktiraf sebagai “Penyumbang Perkhidmatan Perundingan Kejuruteraan Pertama yang diperakui di bawah ‘National Mark of Malaysian Brand’”.

Perakuan bagi ‘National Mark of Malaysian Brand’ dilancarkan oleh ‘SME Corp’ dengan harapan lebih banyak jenama Malaysia mendapat peluang untuk membina jenama ekuiti dan membuang persepsi rendah kualiti berbanding jenama asing. ‘National Mark of Malaysian Brand’ membawa perakuan dari Kerajaan Malaysia, melalui ‘SME Corp’ dan rakan kongsinya disebalik program perakuan tersebut. Dengan usaha ini, kerajaan Malaysia berharap untuk menyediakan Jenama Malaysia dengan bantuan untuk menembusi pasaran antarabangsa dan menjadi kompetitif secara global.

Berikutan daripada itu, pensijilan IPM dengan National Mark of Malaysian Brand’ juga telah memberi sumbangan yang besar dalam penganugerahan ‘Enterprise 50 Award’ oleh ‘SME Corp’ dan Lesen Francais oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (Bahagian Pembangunan Francais) Kerajaan Malaysia masing-masing pada tahun 2014 dan 2016. Selain itu juga, IPM kemudian diperakui oleh ‘Malaysia Book of Records’ sebagai ‘Firma Perunding Kejuruteraan Pertama untuk Mendapatkan Lesen Francais’ tahun ini. Tidak disangkal lagi bahawa penjenamaan IPM telah memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan ini. Penjenamaan korporat kita telah mencipta kekuatan identiti yang membezakan kita dari pasaran yang kompetitif, melalui kualiti penyampaian, nilai, tujuan, kekuatan dan minat. Jenama IPM adalah salah satu aset berharga dalam perniagaan ini di mana ianya diperhalusi lagi bagi memastikan IPM adalah perniagaan yang sebenara dan tulen. Ini menjadikan IPM lebih menonjol daripada yang lain untuk lebih dikenali, memberi kesan dan akhirnya menjadi pilihan. Pencapaian-pencapaian ini telah mengukuhkan moral dan semangat berpasukan orang-orang berkepentingan di IPM dan menjadi batu loncatan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, IPO.

Penjenamaan korporat telah terbukti sebagai salah satu kunti utama dalam menentukan kejayaan masa depan sesebuah organisasi itu. Ini adalah mengapa perniagaan termasuk perniagaan-perniagaan kecil tidak boleh memandang rendah akan kuasa mencipta, membina dan mengembangkan sesebuah jenama. Jenama syarikat anda yang bercakap mengenai perniagaan anda kepada perniagaan-perniagaan lain dan kepada masyarakat umum.

Ir. Justin Lai
Pengasas
IPM Group

**This Malay translation is for reference only. If the meaning of the Malay translation is inconsistent with the original English version, the original English version shall prevail.

 

if_pdfs_774684
Artikel dalam format PDF »

error: Content is protected !!