Skip to content

Membentuk Masa Depan Penyelidikan dan Latihan dalam Industri Pembinaan

Pengarang: Ir. Dr. Goh Hui Hwang | November 23, 2016

RM260 bilion perbelanjaan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) mewakili peningkatan 16% daripada rancangan sebelumnya, memberi petanda yang baik bagi pertumbuhan industri pembinaan. Ia menggajikan lebih dari 1.8 juta pekerja di seluruh negara buat masa ini. Secara holistik, ekonomi, persekitaran dan masyarakat dipengaruhi secara positif oleh industri Kejuruteraan dan Pembinaan (E&C). Kehidupan seharian dan kualiti hidup juga dipengaruhi oleh alam binaan di sekeliling kita. Hubungkait di antara industri pembinaan dengan industri-industri yang lain sangat meluas kerana nilai ekonomi dibina dari ‘aset pembinaan’. Selain itu, masa depan industri pembinaan juga dipengaruhi oleh pelbagai ‘Megatrends’ secara global.

Walaubagaimanapun, terdapat cabaran baru dalam bidang pembinaan. Industri pembinaan sentiasa lewat dalam perkembangan teknologi berbanding industri lain. Secara spesifik, terdapat kekurangan inovasi dan penangguhan aplikasi dalam pembinaan. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) sentiasa menjadi nadi bagi mana-mana industri dan kos pelaburan untuk R&D sentiasa wujud, tambahan pula faedahnya adalah jangka panjang. Walaubagaimanapun, pelaburan R&D di kalangan syarikat E&C adalah sangat kecil walaupun kepentingan ekonomi sektor pembinaan dilihat amat ketara,

Dengan mewujudkan sokongan kepada syarikat dan bidang akademik, kerajaan dapat mewujudkan persekitaran yang lebih berdaya maju bagi mengembangkan lagi inovasi teknologi.

Cabaran perekrutan dan bakat akan menjadi terhad di masa hadapan dalam industri akan berlaku dan cabaran utama adalah kekurangan pekerja yang cekap dan berkemahiran. Jalan penyelesaian boleh diperolehi jika pelaku industri dan pemerintah bersedia untuk melabur dalam latihan dan kemahiran yang strategik. Ianya juga berkait dengan kemajuan teknologi yang menjadi keperluan bagi pekerja-pekerja pembinaan untuk memiliki kemahiran baru dan lebih meluas.

Kadar persaraan pekerja pembinaan yang cekap pula dilihat akan meningkat. Industri pembinaan juga mengalami kekalahan dari sektor-sektor pesaing yang lain di mana pekerjaan yang ditawarkan lebih stabil dengan gaji yang lebih kompetitif. Kini, dengan tenaga kerja yang semakin berusia dan kekurangan penglibatan generasi muda, industri pembinaan dijangka akan menghadapi krisis kemahiran pada dekad seterusnya. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, keberkesanan sistem latihan yang terancang amat perlu bagi meningkatkan prestasi dan penglibatan pekerja, serta kesihatan dan keselamatan mereka.

Sebagai satu industri, kita perlu bekerjasama dan berusaha bagi memastikan keperluan spektrum pembinaan dipenuhi sebaiknya. Bagi mempersiapkan pekerja mengikut keperluan semasa dan masa depan sesebuah organisasi, program latihan dan kurikulum perlu direkabentuk dan disesuaikan dengan baik.

Golongan profesional yang mempunyai kemahiran tinggi mempunyai kelebihan untuk terlibat ke dalam bidang pembinaan bagi mendapatkan faedah daripada pengalaman kerja terhadap projek-projek fizikal yang boleh membina warisan diri; dalam masa yang sama menyakinkan penganggur muda untuk komited kepada program latihan dengan mengetahui bahawa peluang pekerjaan akan diperuntukkan setelah tamat program. Ini akan membawa haluan yang jelas untuk pembangunan insaniah dan profesional serta masa depan mereka dalam industri.

Ir. Dr. Goh Hui Hwang
Pengasas
IPM Group

**This Malay translation is for reference only. If the meaning of the Malay translation is inconsistent with the original English version, the original English version shall prevail.

if_pdfs_774684
Artikel dalam format PDF »

error: Content is protected !!