Skip to content

Mengapa Perlu Membayar Bil Indah Water Konsortium (IWK)?

Pengarang: Simon LOW | 30 Mac, 2022

Faktor perkembangan populasi penduduk yang semakin pesat telah secara tidak lansung membawa impak besar serta ancaman kepada sumber bekalan air bersih. Indah Water Konsortium (IWK) merupakan sebuah syarikat pembetungan yang betanggungjawab dalam menguruskan dan menyelenggara sistem pembetungan yang moden dan cekap bagi keselesaan rakyat Malaysia. Terdapat 3 jenis sistem pembetungan yang diguna pakai di Malaysia: Perkhidmatan Pembetungan Bersambung, Tangki Septik Individu (IST), dan Tangki Septik Komunal (CST). Di samping itu, IWK juga menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik bagi sistem pembetungan yang tidak bersambung supaya sistem pembetungan milik persendirian juga dapt beroperasi dengan baik dah efisien.

Bagi memperoleh kutipan wang yang mencukupi daripada pengguna bagi menampung kerja-kerja mengurus dan menyelenggara sistem pembetungan yang moden dan efisien di Malaysia, pihak kerajaan telah menetapkan kadar caj perkhidmatan mengikut kemampuan dan prinsip kesaksamaan bagi pengguna tersebut. Oleh itu, caj yang dikenakan adalah berbeza antara satu sama lain. Kadar bayaran yang dikenakan terbahagi kepada 4 kategori iaitu isi rumah domestik,premis komersial,premis industri dan premis kerajaan [1].

Bagi isi rumah domestik, kos perkhidmatan yang dikenakan setiap bulan adalah pada kadar minimum. Jadual 1 menunjukkan kadar caj bulanan yang dikenakan bagi kategori isi rumah domestik sama ada tangki septik mahupun perkhidmatan pembetungan bersambung. Kuarters kerajaan dalam kategori A, B, C, D, E, F, G, H dan I adalah seperti yang ditakrifkan dalam Bab E Perintah Am Kerajaan. Isi rumah domestik ini termasuk rumah kos rendah, rumah di kampung, kampung baru , estet, premis, dan kuarters kerajaan.

Terdapat 2 jenis tangki septik iaitu Tangki Septik Individu (Individual Septic Tank, IST) dan Tangki Septik Komunal (Communal Septic Tank, CST). Tangki septik komunal digunakan apabila servis adalah kepada lebih dari 1 premis. Di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, IWK tidak bertanggungjawab untuk menyelenggara tangki septik. Kerja-kerja penyelenggaraan bagi IST adalah tanggungjawab penuh pemilik premis tersebut, manakala bagi CST pula, ia merupakan tanggungjawab bersama di antara pemilik-pemilik premis yang terlibat. Jadual 2 menunjukkan kadar perkhidmatan pengosongan tangki mengikut jenis dan saiz rumah yang berbeza serta sistem pembetungan yang berlainan di bawah kategori isi rumah domestik.

Dalam tempoh jaminan 30 hari selepas kerja pengosongan tangki septik dilakukan, tiada caj perkhidmatan akan dikenakan apabila pemilik premis menghendaki tangki septiknya dikosongkan sekali lagi sekiranya tidak berpuas hati dan merasakan kerja tidak dilakukan dengan sempurna. Kadar harga yang dikenakan bagi 24 bulan yang berikutnya adalah sama sahaja seperti kali pertama. Untuk premis domestik, terdapat 2 kaedah pembayaran, pelanggan boleh sama ada membuat pembayaran penuh melalui Payment On Service (POS) sebelum ataupun selepas kerja pengosongan tangki, atau dengan pengebilan biasa setiap 6 bulan selepas kerja pengosongan tangki selesai dijalankan. Ia adalah berbeza dengan CST, di mana bayaran hanya dibilkan kerana tangki disambungkan ke beberapa premis.

Contoh:
Kediaman kos serdahana (Premis dan kuaters kerajaan kategori A, B, C, D & E)
Kadar bayaran bagi setiap pengosongan tangki septik individu (IST): RM144.00
Caj bulanan (bahagi kepada 24 bulan): RM144.00 / 24 bulan = RM6.00
Jumlah keseluruhan bagi setiap bayaran (6 bulan): RM6.00 x 6 = RM36.00

Bagi premis komersial, caj perkhidmatan pembetungan bulanan yang dikenakan ke atas adalah jumlah Caj Asas berpandu kepada Nilai Tahunan premis dan Caj Penggunaan Air berpandu kepada penggunaan air purata melebihi 100 meter padu (m3). Caj tambahan sebanyak RM0.30 bagi setiap m3 air yang melebihi 100 m3 tapi kurang 200 m3, dan RM0.45 setiap m3 air yang melebihi 200 m3. Bacaan pengunaan air akan diambil daripada bacaan syarikat bekalan air negeri.

Bagi premis perindustrian, caj perkhidmatan pembetungan bulanan adalah berpandukan kepada pengiraan pengguna atau jumlah pengguna di dalam premis yang menggunakan tandas. Perkhidmatan pembetungan bagi premis industri terbahagi kepada 2 iaitu tangki septik individu dan perkhidmatan pembetungan bersambung. Caj perkhidmatan pembetungan yang dikenakan ialah RM 2.00 seorang bagi premis yang menggunakan sistem pembetungan jenis tangki septik dan RM2.50 seorang bagi premis yang mempunyai sistem pembetungan jenis bersambung.

Caj perkhidmatan pembetungan bulanan yang dikenakan ke atas premis kerajaan adalah jumlah Caj Asas tetap berpandu kepada jenis perkhidmatan pembetungan dan Caj Penggunaan Air berpandu kepada penggunaan air purata melebihi 100 meter padu (m3). Caj bulanan bagi sistem pembetungan yang bersambung dan sistem tangki septik ialah RM 40.00 dan RM 25.00. Manakala bagi caj pengunaan air bulanan yang berlebihan pula ialah RM0.45 per m3 dan RM 0.95 per m3 bagi pengunaan air yang melebihi 100 m3 dan 200 m3.

Jaminan selama 30 hari selepas tarikh perkhidmatan pengosongan tangki septik hanya terpakai bagi premis komersial dan industri sahaja. Manakala bagi premis kerajaan, tempoh jaminan yang diberikan adalah selama 24 bulan selepas tarikh pengosongan tangki septik. Ketiga-tiga premis ini boleh melakukan bayaran sama ada secara biasa ataupun menerusi Payment On Service (POS), bergantung kepada kesesuaian masing-masing.

Penghuni atau pemilik premis yang enggan melakukan pengosongan tangki septik bagi memastikan kecekapa operasinya akan dikenakan denda tidak melebihi RM 50,000.00 jika didapati bersalah seperti mana yang terkandung dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Bermula 30 Mac 2021, pengosongan tangki septik haruslah dilakukan sekurang-kurangnya 1 kali dalam tempoh 2 tahun. Peringatan akan dikeluarkan selepas 14 hari jika tiada maklum balas.

Antara isu yang sering timbul ialah siapakah yang wajar membayar hutang caj pembetungan pemilik terdahulu. Bedasarkan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1994, mana-mana pemilik yang memindahkan hak milik premis tanpa memaklumkan kepada IWK dianggap masih bertanggungjawab ke atas caj pembetungan yang dimiliki premis tersebut. Oleh itu, pemilik baharu premis tersebut bebas daripada hutang caj pembetungan sedia ada premis itu. Bagi pemilik yang berhasrat untuk menyewakan premis mereka, adalah dinasihatkan supaya dijelaskan di dalam perjanjian penyewaan bertulis bahawa pihak manakah yang akan bertanggungjawab atas bayaran caj pembetungan supaya tiada konflik kelak. Walaubagaimanapun, mengikut Peraturan-peraturan Perkhidmatan Pembetungan, sekiranya tiada bayaran yang dilakukan daripada mana mana pihak, sama ada pemilik mahupun penyewa maka secara automatik pemilik yang akan dipertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran tersebut.

Terdapat pengecualian untuk caj pembetungan, seperti yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Pembetungan Caj 1994. Mana-mana premis atau bahagiannya yang digunakan secara eksklusif untuk tujuan keagamaan atau kebajikan hendaklah dikecualikan daripada caj pembetungan bulanan. Selain itu, bagi premis yang telah dikosongkan selama 6 bulan dan pengunaan airnya adalah kurang daripada 1m3, pemilik premis tersebut boleh membawa bil eletrik bersama bil air ke IWK untuk memohon pengecualian bayaran caj pembetungan.

Kesimpulannya, sebagai pengguna, kita haruslah bertanggungjawab membayar bil pembetungan kerana Indah Water Konsortium (IWK) telah berkhidmat bagi menyediakan air yang bersih kepada kita untuk kegunaan harian. Selain itu, menambah baik dan menaik taraf semua loji rawatan kumbahan di seluruh negara memerlukan dana yang besar, yang majoritinya diperoleh daripada caj tarif. Kegagalan pelanggan untuk membayar bil mereka boleh menyebabkan kesan negatif terhadap program baik pulih dan naik taraf servis IWK. Dalam jangka masa panjang, ia akan memberi kesan buruk kepada sumber air dan alam sekitar. Oleh itu, marilah kita menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan membayar tepat pada masanya!

Simon LOW
Pengurus Besar
IPM Professional Services Sdn Bhd

Rujukan:
[1] Indah Water Portal | Charges. Retrieved on 29th March 2022 from https://iwk.com.my/customer-charges
[2] Indah Water Portal | Charges – Domestic. Retrieved on 29th March 2022 from https://iwk.com.my/charges-domestic
[3] Individual Septic Tank Owners Required to Desludge and Care for Their Septic Tank. Retrieved on 29th March 2022 from https://www.iwk.com.my/cms/upload_files/pressrelease/press_file_000070.pdf
[4] Laws Of Malaysia Act 655 Water Services Industry Act 2006. Retrieved on 29th March 2022 from https://www.paab.my/wp-content/uploads/2019/07/WSIA_ENG.pdf
[5] The Star. 2021. “It is now mandatory to desludge your septic tanks”. Retrieved on 29th March 2022 from https://www.thestar.com.my/starpicks/2021/06/14/it-is-now-mandatory-to-desludge-your-septic-tanks

**This Malay translation is for reference only. If the meaning of the Malay translation is inconsistent with the original English version, the original English version shall prevail.

error: Content is protected !!