Skip to content

Siri Senibina Lestari: Senibina Untuk Autisme

Pengarang: KIM Zhao Wei | 28 Jun, 2018

Ceramah yang sangat memberi inspirasi oleh oleh Ar. Mumtazah binti Mustajab, yang merupakan seorang arkitek dalam reka bentuk seni bina bagi keperluan-keperluan khas dan seorang ibu kepada seorang anak kecil autistic. Beliau menyatakan bahawa gangguan autism adalah satu perkara yang tidak boleh diendahkan kerana terdapat peningkatan pertumbuhan beberapa tahun kebelakangan ini. Malangnya, Malaysia masih belum mengambil langkah yabg positif dalam mencari penyelesaian kepada isu ini.

Secara peribadi, saya pernah berjumpa dan terlibat dengan beberapa orang autistic. Mereka mempunyai satu gangguan yang menghalang mereka dari berinteraksi dan menjalankan aktiviti seharian secara berdikari. Mereka memerlukan penjagaan khas di mana mereka diajar dengan kemahiran-kemahiran asas bagi membolehkan mereka hidup secara berdikari. Walaubagaimanapun, masih terdapat kekurangan kesedaran di Malaysia bagi gangguan penyakit ini dan memiliki anak yang luar biasa seperti ini menyebabkan kebimbangan keluarga, perselisihan pendapat dan pergaduhan.

Terdapat beberapa simptom yang menyerupai seorang autistic yang boleh dikenalpasti dengan jelas. Jika kita terserempak dengan orang sebegini, cuba untuk bersikap dengan sabar dan memahami terhadap mereka.

Sustainable Architecture Series - Architecture for Autism

Dengan sikap mereka yang bukan tipikal, terdapat keperluan-keperluan khas yang perlu diketahui apabila merekabentuk rumah mereka. Terdapat beberapa keperluan rekabentuk yang perlu diketengahkan, iaitu, ciri rangsangan, kumpulan umur dan juga terapi-terapi berkaitan. Perkaraperkara rangsangan perlu diambil kira secara serius oleh arkitek untuk merekabentuk rumah autistik.

Rangsangan sekitar seperti cahaya, bau, bunyi dan sentuhan yang berlebihan boleh memberi kesan buruk (pada skala di mana sebahagian besarnya boleh diterima oleh orang biasa) tetapi ianya boleh membantu jika mereka telah dilatih untuk mengendalikan rangsangan tersebut.

Pencahayaan tidak boleh terlalu silau dan kerlipan cahaya walaupun sedikit harus dielakkan kerana ianya akan mempengaruhi emosi mereka. Pemilhan warna juga akan memberi kesan kepada prestasi mereka, seperti warna biru memberi ketenangan dan fokus, manakala warna merah akan membawa sifat bertenaga dalam diri mereka. Infografik visual juga digunakan untuk berkomunikasi dengan mereka dengan lebih baik kerana sebilangannya mungkin tidak mempunyai perhubungan Bahasa yang baik. Bau dan bunyi persekitaran harus dikawal dengan baik bagi membolehkan mereka fokus dalam persekitaran pembelajaran mereka. Tekstur persekitaran juga harus ditekankan dan difikirkan dengan baik kerana mereka perlu dilatih untuk merasakan kesan sentuhan yang berbeza.

Beberapa perkara yang perlu dielakkan adalah:

      • Bucu tajam – ketika mereka dalam keadaan yang tidak terkawal (disebabkan gangguan emosi dan bertindak agresif tanpa sedar), bucu yang tidak tajam dan permukaan yang lembut dapat mengurangkan kecederaan.
      • Skema warna atau corak yang rumit – mereka selalunya sensitif terhadap visual dan akan terganggu (berjam-jam) disebabkan rekabentuk corak yang luar biasa. Warna-warna terang Cuma digunakan pada barang-barang yang memerlukan perhatian mereka.
      • Elemen melintang – elemen-elemen secara melintang seperti kekisi kaca dan corak pagar akan menggalakkan mereka memanjat. Tanpa sebarang rasa bahaya, ini akan membahayakan keselamatan mereka.

Berikut adalah nasihat dan cadangan daripada penceramah:

      • Penglibatan anak sebagai ahli keluarga (kedua-dua ibu bapa). Anak tersebut memerlukan keluarga yang lengkap untuk membesar dan belajar. Mungkin akan terdapat pergaduhan dan perselisihan pendapat antara suami isteri, namun ia perlu dijauhkan dari visual anakanak. Selain mengelakkan dari memberi pengalaman buruk kepada minda anak-anak, perlakuan ibu bapa yang baik (setiap tingkah laku) akan ditiru oleh anak tersebut. Jadi, selain ibu bapa sebagai acuan mereka sendiri dan apa yang berlaku terhadap mereka nanti sangat bergantung kepada pembentukan keperluan ibu bapa itu sendiri.
      • Sentiasa ingat untuk menjadikan anak itu bersedia untuk hidup secara berdikari (dengan pemerhatian yang minimum). Anak tersebut perlu dilengkapi dengan kemahiran asas untuk berdikari. Akan sampai suatu masa di mana ibu bapa tidak mampu lagi untuk menjaga mereka disebabkan umur yang lanjut. Dengan reality ini, ibu bapa harus melepaskan anak mereka dan membiarkan mereka hidup sendiri. Namun begitu, perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi ibu bapa itu sendiri kerana naluri mereka menyayangi anak tanpa batasan.

Walaubagaimanapun, kebanyakan ibu bapa di Malaysia masih belum dapat mencapai pemikiran sebegini di mana mereka sanggup melepaskan anak mereka hidup sendirian. Ini adalah disebabkan keadaan negara yang masih belum mempu untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk austistik dewasa untuk hidup dan diperhati secara konsisten. Oleh itu, ini menyebabkan anak-anak tersebut kurang berkeyakinan untuk hidup dalam dunia yang kurang prihatin dan juga tahap penerimaan masyarakat.

Namun begitu, kemungkinan untuk golongan autistik berdikari boleh dicapai jika wujudnya komuniti kecil bagi perumahan mesra autistik dengan kemudahan pusat penjagaan yang berhampiran, penjaga persendirian dan profesional yang dapat membantu dan menyelia autistik tersebut untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian tanpa kehadiran ibu bapa mereka. Meskipun demikian, ianya akan menjadi satu perjalanan yang panjang dan satu usaha besar harus dilakukan dan komited untuk menjayakanya dan akhirnya memberi manfaat kepada golongan autistik.

Daripada ceramah ini, saya telah mendapat banyak inspirasi. Saya harap melalui perkongsian ini, saya dapat memberikan sumbangan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kumpulan orang yang luar biasa ini, dengan potensi yang masih tersembunyi dan menunggu untuk dikenali sebagai permata dunia.

KIM Zhao Wei
Arkitek Graduan
IPM Professional Services Sdn Bhd

**This Malay translation is for reference only. If the meaning of the Malay translation is inconsistent with the original English version, the original English version shall prevail.

if_pdfs_774684
Artikel dalam format PDF »

error: Content is protected !!